Senin, 27 April 2009
Munyatul Musholli2(Cita-Cita Orang Yang Bersolat)
Alhamdulillahi Robbil ‘Alamin
Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin.
Wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Amma ba’du
Robbishrohli shodri wayassirli amri wahlul uqdatan millisaani yafqohu qouli.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.
La haulawalaa quwwataillabillahil ‘aliyyil azhim.
baik lah hari ini neng lanjutkan bab sembahyang yg terputus kemarin..
sabda Nabi saw : sholat lima waktu difardhukan Allah akan seorang hamba, maka barangsiapa yg mendirikan sholat dengan sempurna, dan tiada dikurangkan haknya, janji Allah adalah syurga untuknya.
Kata Nabi saw, siapa-siapa yang mengerjakan sembahyang dengan sempurna, dan tiada dikurangkan haknya, hak sembahyang.Apa dia?Syarat-syarat mesti dijaga dgn baek, jangan di kurangkan. Jangan mencuri di dalam sembahyang.Rukuk kena ada tomakninah, sujud kena ada tomakninah, I’tidal kena ada tomakninah.
Kalau kita sembahyang gak ada tomakninah, sami’allahu liman hamidah, terus turun, itu nama tidak menunaikan hak sembahyang. Tak cukup, sembahyang tak cukup, tak sempurna.
Bila sembahyang tak cukup,tak jadi…. Semua rukun-rukun sholat mesti cukup. Buat semua menjadi sempurna. seperti fatihah. Baca mesti sempurna. Kalau sekiranya kita baca dengan tidak sempurna, ataupun tidak betul, maka kita tidak tunaikan hak dia. Hak rukun sembahyang fatihah. Maknanya kalau tidak tunaikan hak-hak rukun sembahyang maka sembahyang kita tidak sempurna
Kata Nabi barangsiapa sembahyang dengan sempurna, dan tiada dikurangkan haknya, yang mengurangkan sholat, janji Allah dimasukan dalam syurga. Allah janji kan dia masuk syurga. Kalau siapa-siapa sembahyang dengan sempurna, Allah janji, ada janji. Ada jaminan boleh masuk syurga. Allah Taala ini sesungguhnya tidak menyalahi janji.. Laa yukhliful mi’ad, Allah Taala tak menyalahi janji. Jadi, Allah Taala janji memberikan syurga bagi siapa yang sembahyang dengan sempurna cukup segala syarat-syarat
Dan barangsiapa meninggalkan sholat, dan meringankan sholat pada haknya. Allah ta`alla tak berjanji untuknya surga, Jika dikehendaki, dia dikasihani Allah . Allah kasihan, Allah boleh ampunkan dosa2nya. Dan jika dikehendaki diseksa,maka Allah akan seksa.
disaat kita sembahyang, kesalahan diangkat di atas kepala.
Semua kesalahan dihantarkan di atas kepalanya.
Maka tiap-tiap sujud gugurlah kesalahannya hingga habis.
Tiap-tiap kali sujud gugur kesalahan kita sampai habis. Sujud jatuh, sujud jatuh, sujud jatuh, hingga habis,
dan gugur segala kesalahannya.
magsudnya gugur kesalahan, kesalahan apa? Dosa kecil. dosa-dosa yang kecil. Dosa mata, dosa telinga, tu dosa kecil. Yang paling banyak kita buat ni dosa kecik la…. Dosa besar : berzina, Membunuh, bunuh orang, ataupun bunuh diri . Sama saja, Mencuri, tuduh orang berzina. Minum arak,
untuk itu kita mesti menjaga sholat kita, perbaiki n terus perbaiki sampai sempurna, khusyuk n nikmat dalam shalat ..
klu kita mau sembahyang kita lezat n khusyuk, kita kena bersihkan hati kita. Kita kena sedar diri kita. Kita harus ingat nikmat Allah Ta’ala yang di bagi kepada kita banyak. Kita kena ingat amal-amal yang kita buat tak banyak, ini peluang untuk kita kumpulkan pahala sebanyak mungkin.Kena fikir itu semua...berzikir lah mengingat Allah itu salah satu cara membersihkan hati kita yg kotor
Bertaubat daripada segala dosa-dosa. Sebab kita tak sedar diri kita. Kita tak faham diri kita bagaimana. Sebab tu kita tak kenal Tuhan kita. Tak kenal Tuhan kita..Sebab apa tak khusyuk? Dosa banyak, sebab tu kita tak khusyuk, kita dosa banyak, jiwa kita ni kotor, hati kita ni kotor.Dosa kurang, insyaallah… boleh khusyuk...
alangkah berjayanya orang yg bisa sembahyang dgn khusuk, dia rindu pada mahbubnya, pada kekasihnya. Dia rindu pada Allah. Dia cinta pada Allah, tempat pelepas rindu dia - Allahu Akbar! Sembahyang. Tempat pelepas rindu, boleh bercakap, merayu kepada Allah.
Sebab tu ada 3 perkara : Iman, Islam dan Ihsan. Apa makna Ihsan:
kita beribadat kepada Allah seolah-olah kita boleh lihat Allah, berdiri tu depan siapa? Depan Allah ‘Azzawajalla. Kalau tak boleh dapat perasaan tu, kamu kena yakin dalam mata hati kamu Allah sentiasa melihat kamu.
kita perlu rasa sembahyang ini satu nikmat , rahmat Allah .kita rasa sangat beruntung bila kita ini jadi orang yang sembahyang, anugerah Allah s.w.t - barulah kita rasa sembahyang tu besar. Kalau tidak, kita tak rasa dia besar. Sembahyang begitu kosong. Tak menyertai dengan hati. Hati kita lalai.
Bila sembahyang hati kita lalai, mana dapat pahala, tak dapat kesedapan, tak dapat nikmat dalam sembahyang..
dirikan sholat,cintailah sholat,karna sholat adalah tiang agama
"Inna sholaata ‘imanuddiin"
Inna sholaata ‘imanuddiin. Wa ajallu mubaa niyal islam. Islamil khamsi ba’dal shahaa datain.
(Bahawasanya sembahyang lima waktu itu tiang agama. Sembahyang lima waktu itu tiang agama.Dan terlebih besar daripada kejadian Islam, terlebih besar daripada kejadian Rukun Islam yang lima perkara, kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah)
Sembahyang lima waktu inilah yang paling besar, daripada Rukun Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah. sholat paling besar. Paling penting. Sebab tu kita kena sembahyang.
Orang yang tak sembahyang, insyaallah puasa. Orang yang puasa, belum tentu sembahyang. Insyaallah kalau dia sembahyang, dia puasa, Hai puasa cukup rajin, tak pernah tertinggal, sembahyang tidak. Bukan setakat wajib, puasa syawal( 6 hari) pun puasa lagi, sembahyang tidak. Cukup teruk.
Sebab tu sembahyang kena jaga. Jaga sembahyang, baik semua. Sembahyanglah yang mula-mula Allah fardhukan, sebelum ibadat lain. saat Berlaku israk wal mi’raj ketika Nabi di Mekah, dia disyari’atkan sembahyang, yg pertama sekali, dan dialah ibadat yang mula dicheck oleh Allah s.w.t di Mahsyar. Allah Ta’ala akan check, mau hisab amalan di akhirat esok, yang pertama sekali Allah hisab ialah solat, sembahyang kita...
Mudah-mudahan kita menjadi orang yang memelihara sembahyang, yakni, sembahyang dengan sempurna, mudah-mudahan..insya allah
Muqiim : mendirikan sembahyang. Qadqaa matissholah : mendirikan sembahyang. setelah tu, kena haafizhiin, orang yg pelihara sembahyang.
Kita bagaimana? Mendirikan sembahyang dan memelihara sembahyang. Bukan sekadar sembahyang, kita harus Pelihara sholat kita. bagimana? Jaga syarat-syarat sholat. Jaga sah batal sholat. Jaga hati khusyu’ pada Allah s.w.t. Jaga rindu dendam kita. Biar kita sembahyang tu sempurna penuh tumpuan hati kita - dinamakan : muhaa fizhiin(orang pelihara sembahyang). Ingat sembahyang tak boleh tinggal, ulama kata kalau kita sembahyang betul-betul khusyu dalam 40 hari, sudah ada karomah ,kemuliaan .amiens
Innasholaa tatanhaa ‘anil fahsyaa iwal munkar : (Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari kejahatan dan kemungkaran). Orang sembahyang, tak buat mungkar. Orang sembahyang tak buat jahat. ada orang sembahyang tapi mencuri, Orang sembahyang merampok, zina ada? Orang sembahyang buat jahat ada? sebab apa ???? Imam Ghazali kata dia sembahyang tidak betul. Sebab tu sembahyang dia tidak boleh jadi benteng untuk dia. Kalau dia sembahyang betul-betul sembahyang, inshaallah sembahyang tu jadi benteng
Badan mengadap Allah Ta’ala, hati terpokus pd yg lain. Tak mengadap semua jiwa raga kita kepada Allah Ta’ala, tu kira tak betul. Sah sembahyang tapi pahala tak ada. Buat apa?
Nabi sebut puasa pun macam tu. Ramai orang berpuasa, dapat lapar dan dahaga. Sah puasa, dapat lapar dan dahaga. Hak lain tak dapat apa2. Dapat lapar dengan dahaga, yang lain tak dapat. Maknanya pahala tak ada, boleh puasa sahaja. Sembahyang seperti itu. Nama saja sembahyang, pahala tak ada. Tak ada isi...untuk apa???
Mudah-mudahan kamu berjaya menjadi orang yang khusyu’ sebelum kamu mati. bagaiman mana mau khusyu..Apa makna khusyu’????? Yakni tetap hati kamu.
Sebelum kita mati, mudah-mudahan dan (sempat) la kita dapat khusyu’. Hati kita tetap mengadap Allah Ta’ala...insya allah
Apa makna khusyu’? diam. Hati pun diam, anggota yg laen pun diam.badan kita diam, hati tak diam tak jadi. Ataupun hati yg diam, badan goyang2 tak jadi jugak. Tetap. Luaran kita pun tetap, hati kita pun tetap...itu yg dinamakan makna khusyu... Allah s.w.t menyuruh hambanya yang mukmin, bukan suruh sembahyang saja, tapi pelihara sembahyang juga. sembahyang yg Khusyu’. tiap kali sudah sembahyang, mau sembahyang lagi..ternanti2 waktu sembayang
Langganan:
Komentar (Atom)